Bayu & Knight : 2 Karya Menarik SUV Proton

Bayu & Knight : 2 Karya Menarik SUV Proton

645
0

SUV ProtonRamai yang teruja menantikan kehadiran SUV Proton. Apabila Proton Holdings Berhad berkerjasama dengan Geely Automobile Holdings Ltd,  Geely Bouye menjadi landasan projek pertama, juga sebagai platform untuk Proton memperkenalkan SUV pertama mereka.

Dalam pada itu, pelukis 3D tempatan mengambal peluang mempersembahkan bakat dan hasrat mereka untuk model berkenaan.

Pelukis Lead 3D Artist di Glue Studios Sdn. Bhd, Idiyaz Baharuddin memperkenalkan Proton Knight sebagai hasil karyanya. Mungkin mengambil nama sempena edisi khas Proton Saga Aeroback suatu ketika dahulu.

Lihatlah hasil karya beliau yang mengekalkan DNA Proton dengan bahagian jeriji yang kini bersambung terus ke lampu hadapan serta meletakkan lampu nyalaan siang LED (DRL) dan lampu kabus di bahgian bampar. Rekaan corong kemasukan udara di bampar juga masih mengekalkan bentuk yang sama pada model-model Proton yang sebelumnya.

SUV ProtonSUV ProtonSebelum itu pereka automotif, Pusat Rekabentuk MIMOS, Saharudin Busri memperkenalkan Proton Bayu dengan meluahkan idea demi memastikan rekabentuk SUV ini lebih futuristik, diminati oleh rakyat Malaysia dan bertaraf dunia.

Sudah semestinya matlamat utama rekabentuk Bayu ini untuk membezakan model ini dengan model asalnya Geely Boyue, walaupun dengan perubahan yang minima.

SUV Proton bakal menjengah pasaran Malaydsia akhir 2018 atau awal 2019. Dengan harga pengenalan dikatakan bawah RM100 000 seperti yang dilaporkan, ia pasti dinantikan peminatnya.

Harapnya Proton dapat memperkenalkan lebih awal daripada itu.