Hanya 2 Individu Kaya Raya Malaysia Boleh Miliki LaFerrari Aperta

Hanya 2 Individu Kaya Raya Malaysia Boleh Miliki LaFerrari Aperta

200
0

LaFerrari ApertaAnda sudah super kaya-raya dan terasa ingin memiliki model mewah Ferrari, LaFerrari Aperta. Belum tentu anda boleh memilikinya. Ini kerana bukan anda yang memilih tetapi Ferrari yang memilih anda untuk memilikinya.

LaFerrari Aperta, model mewah Ferrari hanya dibangunkan sebanyak 209 unit sempena sambutan ulang tahun ke-70 syarikat Itali itu.

Hanya Enrico Galliera, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komersial Ferrari, berkuasa penuh memilih pelanggan di seluruh dunia untuk memiliki edisi terhad itu.

Malaysia akan dikirim 2 buah untuk pelanggan pilihannya.

LaFerrari Aperta“Model siri istimewa ini adalah versi spider edisi terhad yang mempunyai ciri eksklusif, berteknologi tinggi, mempunyai prestasi dinamik dan gaya unik yang dikhaskan untuk pelanggan istimewa Ferrari sepanjang tujuh dekat kewujudannya.

“Gabungan ciptaan dari Maranello, Itali yang terkini itu dibangunkan bersama pemanduan terbuka (open-top driving) serta enjin hibrid ber­kuasa 800 cv 6,262cc V12 dan 120 kilowatt mo­tor elektrik yang keseluruhan pengeluaran tenaganya sebanyak 963 cv,” kata Farid Sulaiman, Ketua Pegawai Operasi NAZA Italia Sdn. Bhd dipetik Utusan Online sempena sambutan ulang tahun Ferrari ke-70 peringkat Malaysia baru-baru ini.

Kini lebih 300 unit Ferrari telah berjaya dimiliki individu pelbagai latar belakang di negara ini sejak 2009.

KOMEN ANDA