Generasi Seterusnya Toyota Avanza? Susulan Pelancaran DN Multisix di GIIAS 2017

Generasi Seterusnya Toyota Avanza? Susulan Pelancaran DN Multisix di GIIAS 2017

640
0

Next Toyota AvanzaNext Toyota Avanza? Honda dengan H-RV, Mitsubishi dengan model MPV baru mereka Xpander yang kini dilancarkan di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2017.

Mitsubishi Xpander dengan enjin 1.5L MIVEC berkuasa 103hp, mungkin akan tiba untuk pasaran Malaysia tahun hadapan. Ini kerana model yang dipasang di kilang baharu MMC di Bekasi, Jawa Barat itu dirancang untuk dieksport ke negara ASEAN dan beberapa pasaran lain bermula awal 2018.

Daihatsu milik Toyota juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan model konsep DN Multisix di GIIAS. Dengan penampilan Daihatsu DN Multisix berenjin 1.5 liter empat silinder dengan dimensi panjang 4.310 mm, lebar 1.720 mm, tinggi 1.605 mm serta jarak kelegaan tanah 250mm, media Indonesia memperkatakannya sebagai penbampilan seterusnya generasi Xenia.

Daihatsu Xenia kembarnya di Malaysia adalah Toyota Avanza. Adakah ia menjadi model seterusnya bagi Toyota Avanza?

Sekiranya Toyota ingin bersaing dengan Honda B-RV yang penjualan semacam goreng pisang panas dan Mitsubishi Xpander, selayaknya inilah generasi seterusnya untuk Avanza. Sama-sama kita nantikan…

KOMEN ANDA