Spyshoot: Hyundai Santa Fe 2018

Spyshoot: Hyundai Santa Fe 2018

101
0

Model SUV Hyundai, Snta Fe yang dilancarkan pada 2013 akan muncul dengan generasi seterusnya dengan rupa yang lebih segar.

Santa Fe 2018 hadir dengan bentuknya yang lebih bersegi melainkan kita tertipu dengan penyamarannya. Rupa yang tersembunyi di sebalik rupa sebenar dan kelihatan seperti model konsep Hyundai Kona.

Apa yang boleh dicam dengan lampu LED nipis yang berasingan di bahagian atas lampu utama yang lebih besar di bawahnya. Bahagian jeriji juga mengalami perubahan.

Pandangan belakang hadir dengan lampu LED dan dual ekzos.

Maklumat lain tidak diperolehi dijangka kekal dengan muatan 7 penumpang. Akan ada dua pilihan penggerak iaitu sama ada pacuan depan dan pacuan keempat-empat roda dengan pilihan enjin petrol, diesel dan juga hibrid.

Model ini dijangka akan dilancar pada akhir 2018. – INiAUTO

Sumber :Motortrend, IndiaAutoBlog

KOMEN ANDA