Kini Kamera AES Tala Belakang Kenderaan, Motosikal Juga Dirakam!!

Kini Kamera AES Tala Belakang Kenderaan, Motosikal Juga Dirakam!!

671
0

Kamera AESKini semua kamera AES – Sistem Penguatkuasaan Automatik dihala ke arah belakang kenderaan bagi merakam imej dan ia melibatkan kamera yang telah pun dipasang. Ia berbeza dengan rakaman arah hadapan kenderaan seperti sebelum ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi seperti dilapor The Sun, ia diusul pembekal dan merupakan pendekatan terbaik kerana boleh merakam imej nombor pendaftaran kenderaan yang lebih baik dari arah belakang.

Katanya lagi, teknik ini adalah latihan standard antarabangsa dan telah bermula sejak Julai lalu tanpa disedari oleh pengguna jalan raya dan negara yang telah mengimplementasikan sistem ini termasuklah United Kingdom, Jerman dan Australia.

Kamera AES ini juga disasarkan untuk merakamkan imej penunggang motosikal yang banyak melanggar peraturan jalan raya sehingga boleh menyumbang kepada kemalangan.

Selain itu, ia juga bagi mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan komersil, tidak kira melibatkan kenderaan kecil mahupun bersaiz sederhana.

Menurut Aziz lagi, sebanyak 100 unit AES lagi akan dipasang di lebuh raya dan jalan persekutuan pada tahun hadapan.

KOMEN ANDA