Kereta Sambung Bayar – Pemilik Jangan Cari Penyakit!!

Kereta Sambung Bayar – Pemilik Jangan Cari Penyakit!!

136
0
Kereta Sambung Bayar
Imej Asal :Sinar Harian

Kereta sambung bayar salah satu cara mudah pemilik melepaskan kenderaan mereka. Apa lagi kalau diiklankan kereta sambung bayar tanpa deposit untuk menarik perhatian pembeli.

Pembeli dan pemilik menanggung risiko namun lebih besar kepada pemilik kereta sendiri kerana segala apa yang berkaitan tuntutan undang-undang akan terkena batang hidung pemilik.
Kereta Sambung BayarPembeli hanya berisiko dengan duit deposit yang telah dibayar atau bayaran bulanan yang telah dijelaskan namun pemilik berisiko terhadap keseluruhan bayaran pinjaman, bayaran saman, apatah lagi kalau kenderaan tersebut tersebut terlibat jenayah. Turun naik mahkamahlah si pemilik!

Risiko kepada pembeli hanya kerana pemilik asal masih memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya dan boleh mengambil kenderaan pada bila-bila masa.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan ketua Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib yang mengingatkan orang ramai dalam urusan jual beli kenderaan membabitkan urusan sambung bayar.

“Penyambung bayar dan pemilik kenderaan asal perlu membuat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping. Walaupun ada perjanjian tapi anda harus tahu selagi tidak tukar nama, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut.

“Dalam undang-undang seksyen 10 jelas menyebut apabila sesuatu kenderaan yang bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh tujuh hari bekerja,” katanya.

Mohamad Dalib juga mendedahkan risiko apa saja yang berlaku terhadap kenderaan itu menjadi tanggungjawab si pemilik. Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman, yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukan pemilik yang sambung bayar.

“Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik asal kenderaan. Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.

“Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.

“Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?,” katanya.

Meskipun berdepan pelbagai bentuk risiko namun masih ramai orang melakukan urusan sambung bayar ini menurut beliau, hal ini kerana lazimnya siapa yang akan beli kereta sambung bayar? Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman.

“Sebagai contoh nama disenarai hitam oleh pihak bank. Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan.

“Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya,” jelasnya.

Saya sendiri pernah terlibat dalam kepayahan dan kerumitan ini.

Kisahnya 1998, seorang rakan ketika itu hanya mempunyai ic potostat (penukaran ic ketika itu terlalu lama) ingin membeli dan membuat pinjaman bank kereta Mazda 323 dengan enjin baru turbo. Tak silap pinjaman RM23,000 dalam tempoh 5 tahun. Besar sangat masa tu (gaji RM1100)! Menggunakan nama saya untuk urusan pinjaman. Maklumlah ketika itu masih tak tahu apa!!

Setelah setahun, tidak tahan dengan kerenah enjin, kereta tersebut bertukar tangan. Kawan tadi menukar suka sama suka dengan pemilik Perodua Kenari (Cina). Bayaran bank masih ok. Cina tersebut juga tidak tahan, guna hampir 2 tahun, dijual kepada Cina yang ketiga.

Selepas itu kereta (rangka sahaja) itu ditarik pihak bank. Dijumpai ditinggalkan di tepi jalan. Enjin, kusyen(sporty), sport rim bahkan bonet depan semua dikebas. Hutang bank dalam RM7k.

Bermulalah kepayahan saya, seingat saya 2001. Pihak bank minta agar menyambut tender terlebih dahulu. Tender RM2500 (kawan tadi sanggup lunaskan). Urus buat pinjaman semula kerana tidak boleh lunaskan secara tunai, RM350x12, Cina, pemilik kedua sanggup lunaskan… Nama saya ketika itu di’blacklist’ pihak bank. Akhirnya ‘setle’ setelah lebih setahun. Mazda 323 KS4188Q dalam kenangan.

Kisah kedua terjadi kepada adik sendiri. Bulan April lalu, adik terpaksa naik mahkamah kerana 6 saman ‘berat’. Puncanya kerana menjual kereta kepada adik ipar sendiri, adik ipar buat ‘taik’, guna kereta, road tax pun tak dibayarnya. Tidak menukar nama kerana hutang beli belum dilunaskan.

Iktibar kepada yang ingin menjual kereta. Jual biar selesai sepenuhnya, sebabnya pemilik asal berisiko besar, bukan hanya cari penyakit, mati pun boleh ooo…

KOMEN ANDA