Spyshoot: Mazda CX-5 2018 Dengan 7 Tempat Duduk di Jepun

Spyshoot: Mazda CX-5 2018 Dengan 7 Tempat Duduk di Jepun

448
0

Mazda CX-5 2018Gambar sebuah SUV yang sempat dirakam di jalanan Jepun menimbulkan spekulasi yang Mazda akan memperkenalkan Mazda CX-5 2018 Seven Seater di Jepun suku keempat tahun ini.

Memetik laporan Nikkei, Mazda CX-5 didatangkan dengan ukuran 4690 mm panjang, 1840 mm lebar dan 1,695 mm tinggi. Ukuran 135 mm lebih panjang dari model CX-5 sedia ada menimbulkan andaian varian 7 tempat duduk akan diperkenalkan dengan panggilan CX-6.

Untuk pasaran domenstik Jepun dijangka mencapai 97 000 pengeluaran dan untuk pasaran di luar Jepun hanya bermula pada 2018.

Mazda tidak menyatakan rangkaian kuasa enjin akan ditawarkan pada CX-5 baru. Namun berkemungkinan dengan pilihan enjin yang sama untuk CX-5 sedia ada termasuk 2.2 liter SkyActiv-D turbodiesel dan 2.5 liter petrol SkyActiv-G yang lebih baru. Berkemungkinan dengan sesaran 2.0 liter SkyActiv-G.

Semua enjin CX-5 ketika ini berpasangan dengan kotak gear Mazda SkyActiv enam kelajuan automatik yang menghantar kuasa sama ada ke hadapan atau keempat-empat roda. – INiAUTO

KOMEN ANDA