Pesaing BR-V, MPV Mitsubishi ‘Expender’ Didedahkan

Pesaing BR-V, MPV Mitsubishi ‘Expender’ Didedahkan

324
0

MPV MitsubishiSetelah setahun model konsep XM diperkenalkan di GIIAS 2016, kini Mitsubishi mendedahkan “Next Generation MPV Mitsubishi” mereka.

Model yang akan menjadi tarikan utama Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017 pada 10 -20 Ogos ini.

Buat sementara pesaing Toyota Avanza dan Honda BR-V dikenali dengan nama ‘Expander’ kerana Mitsubishi akan mengumumkan secara rasmi di GIIAS 2017.

Menurut Kyoya Kondo, Presiden Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI), MPV ini memiliki dimensi PxLxT (4.475mm, 1.750mm, 1.700mm) dengan jarak kelegaan tanah 205mm. Sebagai bandingan dimensi Toyota Avanza adalah PxLxT (4.190mm, 1.660mm, 1.695 mm) dan jarak kelegaan tanah 200mm.

MPV dengan kapasiti 7 penumpang pacuan hadapan ini menggunakan enjin 1.5-liter teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC). Ia hadir dengan pilihan transmisi manual 5-speed manual dan otomatis 4-speed automatik.

Teknologi yang sama dengan model Lancer diyakini mampu mengerahkan tenaga 113 hp pada 6.000 rpm dan tork maksima 135 Nm. Bakal diperkenal dengan pilihan 6 varian untuk pembeli di Indonesia.

Harganya mungkin sama dengan Avanza atau mungkin lebih tinggi sedikit sekitar Rp 189 – Rp 246 juta.

KOMEN ANDA