Nissan Kicks Dah Ke China, Bila Masuk Pasaran Malaysia?

Nissan Kicks Dah Ke China, Bila Masuk Pasaran Malaysia?

121
0

Nissan KicksNissan Kicks telah mula diperkenalkan di Brazil pada Ogos 2016 dan China menjadi negara terkini menerima kehadirannya.

Crossover kompak segmen-B berasaskan V-Platform Almera dengan dimensi ukuran panjang 4.295 mm, lebar 1.760 mm, tinggi 1.590 dan jarak roda 2,610 mm mula dijual di China dengan harga RMB99,800 sekitar RM63.200.

Pesaing Honda HR-V ini tampil dengan bahagian luaran hadapan dengan gril V-motion. Lampu hadapan dan belakang berkonsep boomerang dan kemasan dua tona warna seperti Renault Captur.

Untuk pasaran China, Kicks dengan pemanduan pacuan hadapan ini hanya akan dijual dengan enjin petrol 1.5 liter HR15 DE dengan kotak gear Xtronic CVT. Model yang berkongsi enjin yang sama dengan Almera.

Sementara itu untuk pasaran lain, Nissan Kicks menggunakan enjin petrol Grand Livina, HR16DE 1.6 liter.

Nissan KicksDengan visi Nissan Intelligent Mobility, pembeli China akan menerima beberapa teknologi keselamatan aktif Nissan yang terbaik. Ia dilengkapi Intelligent Emergency Braking, Intelligent Lane Intervention, Intelligent Blind Spot Intervention dan Cross Traffic Alert.

Adakah Tan Chong Motor(ETCM) dan Nissan Motor Company berkira-kira untuk membawanya ke pasaran Malaysia.

Kalaulah harga seperti di China tentu betul-betul kick!! Mimpilah you!!

KOMEN ANDA