RR6, RR9 Milik Agung, RR11 Milik Sultan Selangor

RR6, RR9 Milik Agung, RR11 Milik Sultan Selangor

0

Nombor PlatNombor pendaftaran RR Perlis mendapat sambutan hangat. Tender nombor plat tertinggi pernah direkodkan bagi nombor pendaftaran kenderaan di Perlis.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berjaya memiliki RR6 dan RR9 dengan nilai masing-masing RM459,800 dan RM396,980.

Nilai bidaan RR6 menjadi yang tertinggi di Perlis, mengatasi nilai paling tinggi sebelum ini iaitu RM297,000 bagi nombor RM8.

Nombor plat RR11 pula menjadi milik Sultan Selangor setelah memenangi bidaan dengan nilai RM268,400.

Seramai 7,960 individu membuat bidaan untuk nombor pendaftaran RR yang dibuka antara tempoh 5 hingga 19 Jun lalu, dengan hanya 2,253 berjaya.

RR1 kekal menjadi misteri kerana tidak dinyatakan dalam keputusan yang telah dikeluarkan.

KOMEN ANDA