Rupa Sebenar Perodua Myvi 2018, 4-6 Beg Udara, Harga RM44k – RM55k

Rupa Sebenar Perodua Myvi 2018, 4-6 Beg Udara, Harga RM44k – RM55k

2749
0

Perodua Myvi 2018Tanggapan Perodua Myvi 2018 masih menggunakan asas Daihatsu Boon seperti sebelum ini ternyata meleset.

Kini pihak Perodua mengumumkan Myvi 2018 akan dilancarkan dan sudah boleh ditempah mulai esok dengan tanda harga antara RM44,000 hingga RM54,00.

Harga sebenar tanpa insuran adalah seperti di bawah.

    • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
    • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
    • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
    • 1.5 High (AT) – RM51,800
    • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Perodua Myvi didatangkan dengan 6 pilihan warna dengan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu.

Bahagian transmisi masih dikekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan dengan dengan penghasilan tenaga sehingga 1.3L – 94hp @ 6,000rpm, 121Nm @ 4,000rpm untuk 1.3 liter manakala 102hp @ 6,000rpm, 136Nm @ 4,200rpm untuk 1.5 liter.

Dari segi keselamatan, model terkini Perodua ini dibekalkan antara 4-6 beg udara di bahagian hadapan dan juga sisi.

Segala perincian akan dikemaskini selepas ini.

KOMEN ANDA