Lagi Gambar Perodua Myvi 2018, Tempahan Cecah 3000 Unit

Lagi Gambar Perodua Myvi 2018, Tempahan Cecah 3000 Unit

624
0

 Perodua MyviGambar Perodua Myvi 2018 yang tersebar, model yang akan dilancarkan petang ini bertempat di Putrajaya.

Perodua telah mengumumkan semasa majlis makan malam Kelab Vendor Perodua (KVP) 2017 semalam, tempahan model generasi ketiga Myvi telah mencecah 3,000 unit sejak tempahan mula dibuka pada 9 November lalu.

Jangkaan tempahan akan meningkat selepas pelancaran rasminya petang ini.

Dengan tanda harga bermula dari RM44,300 hingga RM55,300 sudah pasti Myvi 2018 terus mengekalkan status “kereta rakyat” yang secara keseluruhan pengeluaran sudah melepasi 1 juta unit.

Bolehlah tempah bagi yang berminat dan menjadi antara yang terawal memilikinya.

 

KOMEN ANDA