Perincian Spesifikasi, Varian Dan Harga Myvi 2018

[Galeri] Perincian Spesifikasi, Varian Dan Harga Myvi 2018

393
0

Model terkini Perodua, “The All-New Myvi Passion Enginered” 2018 dilancarkan pada 16 November 2017. Meneruskan legasi Myvi dengan pelbagai ciri hebat dan terkini.

Fakta Ringkas Myvi 2018

Varian Perodua Myvi 1.3 Standard G (MT) Perodua Myvi 1.3 Standard G (AT) Perodua Myvi 1.3 Premium X (AT) Perodua Myvi 1.5 High (AT) Perodua Myvi 1.5 Advance (AT)
Enjin 1.3-litre 4-cylinder Dual VVT-i 1.5-litre 4-cylinder Dual VVT-i
Transmisi 5-kelajuan manual 4-kelajuan automatik
Kuasa Max 94 hp @ 6,000 rpm 101 hp @ 6,000 rpm
Tork Max 121 Nm @ 4,000 rpm 136 Nm @ 4,200 rpm
Harga (OTR Tanpa Insuran) RM44,300 RM46,300 RM48,300 RM51,800 RM55,300

Varian & Tranmisi

Perodua ‘New’ Myvi didatangkan dalam 2 varian enjin:

  • 1.3L 1NR-VE Dual VVT-i; 94hp @ 6,000rpm; 121Nm @ 4,000rpm
  • 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i; 102hp @ 6,000rpm; 136Nm @ 4,200rpm

Enjin yang digandingkan dengan 2 transmisi, Manual 5-kelajuan (1.3L sahaja) dan Automatik 4-kelajuan.

Unit enjin 1.3 adalah sama dengan enjin Perodua Bezza, manakala enjin 1.5 adalah sama dengan yang disumbat Toyota Vios baharu.

Ciri-ciri Keselamatan

Produk Perodua kali ini tambah menarik apabila dibekalkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist – ASA) yang terdiri daripada 4 sistem berbeza seperti:

  • Amaran Pra Perlanggaran (Pre Collision Warning – PCW)
  • Brek Pra Perlanggaran (Pre Collision Braking – PCB)
  • Amaran Gerak Depan (Front Departure Alert – FDA)
  • Kawalan Salah Operasi Pedal (Pedal Misoperation Control – PMC)

Ciri keselamatan ASA adalah sistem bantuan keselamatan yang dibangunkan Daihatsu. Teknologi yang biasa terdapat pada kenderaan premium pelbagai jenama.

Ditambah dengan pelbagai ciri keselamatan seperti di bawah;

  • 4 beg udara (standard); 6-beg udara (1.5 premium)
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Traksi (TRC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Fungsi lampu follow-me-home
  • Sensor undur
  • Lampu Signal Henti Kecemasan (ESS)

Bahagian Dalaman

Bahagian dalaman Myvi 2018 adalah seperti;

  • Posisi gear diubah pada konsol tengah.
  • Slot telefon pintar di kerusi depan
  • Kunci pintar dan punat tekan-mula (push/start) dengan ciri Eco Idle (semua varian)
  • Paparan skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD
  • Konfigurasi 8+1
  • Tempat duduk boleh lipat 60:40

Bahagian Luaran

Manakala bahagian luarannya pula…

  • Lampu depan LED on-off dengan ciri pelarasan (semua varian).
  • Lampu belakang kombi.
  • Hendal pintu but.
  • Rim 14-inci (1.3L), 15-inci (1.5L) dengan dua tona.
  • Kit badan dua tona (1.5L premium).

Pilihan Warna

Pilihan Warna Perodua Myvi baharu adalah seperti di bawah:

Penggunaan Bahan Api

Maklumat yang disertakan oleh pihak Perodua, penggunaan bahan api Perodua Myvi baharu adalah seperti berikut:

  • 1.3L – 21.1km/liter
  • 1.5L – 20.1km/liter

Harga Myvi

Harga Myvi baharu di atas jalan raya termasuk GST seperti gambar di bawah;

Galeri Perodua Myvi 2018

Sumber maklumat di atas juga merujuk kepada Paultan, Autobuzz dan Pandulaju.

KOMEN ANDA