Adakah Ini SUV Pertama Proton?

Adakah Ini SUV Pertama Proton?

2410
0

SUV Pertama ProtonSekeping gambar yang dimuat naik di akaun Facebook DSF menimbulkan persoalan adakah ia model yang bakal menjadi SUV pertama Proton?

Ia adalah model Suzuki Vitara generasi ke-4 yang sempat dirakam di sebuah taman perumahan yang tidak dinyatakan lokasinya.

Model tersebut berkemungkinan milik persendirian dan dibawa masuk secara individu kerana ia tidak dipasarkan di Malaysia.

Persoalan tentang bakal menjadi SUV Proton kerana Proton sendiri menjalin usahasama dengan Suzuki seperti pengenalan MPV Suzuki Ertiga sebagai jenama Proton.

Laman Paultan sebelum ini juga memaklumkan pegawai tinggi Proton ada menyatakan bahawa syarikat itu sedang menilai sebuah SUV bikinan Suzuki sebagai projek seterusnya.

Suzuki Vitara Generasi Ke-4

Setakat ini belum ada apa-apa maklumat tentang perkara tersebut. Proton juga sedang menilai syarikat lain untuk menjalin kerjasama, berkemungkinan SUV Proton yang pertama bertukar wajah!! – INiAUTO

KOMEN ANDA